CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Info Semasa

Tajuk kami iaitu Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan bertepatan dengan Tema HARI Guru 2012:

Pelbagai maklumat berkaitan Hari Guru disediakan kepada umum :


TEMA HARI GURU 2012:
“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”


MAKSUD :


Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid., di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air.

Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi.



LAGU HARI GURU :

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o

Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

SILA SAKSIKAN :

Setia Bersama Kami