‘langkah yang boleh DIambIl’
- Peranan guru sebagai pembina modal insan cemerlang sejak zaman berzaman memang tidak dapat dipertikaikan lagi .Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan pendidik masih tidak berubah .
- Justeru , guru perlu ada kerelaan ke arah pengorbanan diri untuk masa depan anak -anak bangsa mencapai ilmu pengetahuan dalam proses membina modal insan yang cemerlang dan gemilang.
- Bagi membentuk suasana yang menyeronokkan semasa pengajaran adalah seperti berikut :
Klik untuk paparan penuh
Ini bertepatan dengan Tema Hari Guru 2012:
‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’
Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid , di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air. Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, beliau menyeru para pendidik agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudahcara kepada pencetus invensi dan inovasi.
No comments:
Post a Comment